Sime Darby Property unjur jualan kukuh tahun depan

Sime Darby Property unjur jualan kukuh tahun depan

Sime Darby Property unjur jualan kukuh tahun depan

jangkaanringgit.com – Sime Darby Property Bhd menjangkakan momentum jualan hartanah yang kukuh dicatatkan setakat ini akan berterusan tahun depan, demikian menurut Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Azmir Merican.

Namun, beliau berkata, jumlah jualan keseluruhan dijangka tidak dapat mengatasi prestasi yang dicatatkan tahun ini berikutan ketidaktentuan luaran di tengah-tengah persekitaran kadar faedah yang tinggi.

Katanya, dalam tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2022, pemaju hartanah itu mencatatkan jualan melepasi sasaran sebanyak RM2.7 bilion berbanding sasaran tahun ini sebanyak RM2.6 bilion.

“Kami jangka momentum jualan akan berterusan pada 2023. Momentum jualan masih kukuh tetapi tidak sekukuh 2022.

“Kami membuat semakan semula terhadap pelancaran baharu bagi memastikan pelancaran baharu adalah tepat pada masanya dan memenuhi permintaan,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi kewangan Sime Darby Property bagi suku ketiga 2022 secara maya, hari ini.

Sementara itu, Azmir berkata isu kekurangan tenaga kerja kekal menjadi cabaran bagi pemaju hartanah itu menuju ke depan.

Namun, tegasnya, syarikat sudah melihat kemasukan pekerja dan isu berkenaan dijangka mengambil masa untuk diselesaikan sepenuhnya.

Sime Darby Property mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM56.13 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2022 berbanding kerugian bersih RM5.19 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Pendapatannya pula meningkat kepada RM689.30 juta berbanding RM387.38 juta sebelumnya, didorong oleh peningkatan dalam segmen pembangunan hartanah.

Sime Darby Property menjangkakan lebih banyak pelancaran produk perumahan dan perindustrian pada suku keempat tahun kewangan 2022, susulan pelancaran produk kediaman bertingkat tinggi di Putra Heights, Selangor dan Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Kedudukan tunai pemaju hartanah itu kekal utuh dengan nilai tunai sebanyak RM876.2 juta serta nisbah hutang bersih pada kadar 28.2 peratus setakat 30 September 2022.

Azmir berkata, prestasi kewangan dan operasi Sime Darby Property kekal utuh walaupun syarikat berdepan dengan pasaran yang mencabar serta ketidakpastian ekonomi.

Beliau berkata, pencapaian yang dicatatkan itu membuktikan bahawa syarikat berada di landasan yang tepat dengan strategi, pembangunan produk serta tawaran yang memberangsangkan.

“Syarikat akan sentiasa memastikan pendekatan berdisiplin untuk menyempurnakan tahun kewangan ini dengan pulangan yang lumayan kepada pihak berkepentingan,” katanya.

Sekian artikel dari jangkaanringgit.com, jika anda ingin mendapatkan pendapatan tambahan, anda boleh melabur dalam perdagangan di platform dagangan terbaik di Asia, seperti Tradesia Malaysia. Dengan Tradesia Malaysia, anda boleh mendapat keuntungan maksimum hanya dengan modal yang minimum. Apa tunggu lagi Mari buat akaun Tradesia anda sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *