Public Bank rekod keuntungan luar biasa RM6.31 bilion

Public Bank rekod keuntungan luar biasa RM6.31 bilion

Public Bank rekod keuntungan luar biasa RM6.31 bilion

Public Bank rekod keuntungan luar biasa RM6.31 bilion

jangkaanringgit.com – Kumpulan Public Bank mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM6.31 bilion dan keuntungan bersih milik pemegang saham sebanyak RM4.41 bilion untuk sembilan bulan pertama 2022.

Peningkatan keuntungan dalam tempoh sembilan bulan itu terutamanya disebabkan oleh pendapatan faedah bersih yang tinggi sebanyak 7.7 peratus dan peruntukan pengurangan nilai pinjaman yang rendah sebanyak 70 peratus, namun diimbangi sebahagiannya dengan pendapatan bukan faedah yang rendah sebanyak 11 peratus.

Pengasas, Pengerusi Emeritus, Pengarah dan Penasihat Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, berkata

Walaupun ekonomi global menghadapi cabaran yang berterusan, ekonomi Malaysia berada pada landasan pemulihan, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik yang bertambah baik.

Katanya, dengan memanfaatkan ekonomi yang kian berkembang, keuntungan sebelum cukai Kumpulan Public Bank bertambah baik sebanyak 13.5 peratus untuk sembilan bulan pertama tahun 2022, berbanding dengan tempoh yang sama pada 2021.

“Keuntungan bersih milik pemegang saham meningkat sebanyak tiga peratus selepas mengambil kira kesan daripada pengenaan satu kali Cukai Makmur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hong Piow berkata, bagi sembilan bulan pertama 2022, pinjaman dan deposit Kumpulan Public Bank terus mencapai pertumbuhan tahunan yang baik masing-masing sebanyak 5.8 peratus dan 4.5 peratus.

Katanya, disokong oleh asas yang kukuh dan pengurusan yang berhemat, kumpulan mengekalkan pulangan ekuiti bersih yang bertahan sebanyak 12.4 peratus dan nisbah kos kepada pendapatan yang cekap sebanyak 32.6 peratus.

“Nisbah pinjaman pengurangan nilai kasar kekal teguh pada 0.3 peratus walaupun program bantuan pembayaran balik Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sudah berakhir,” katanya.

Beliau berkata, berikutan prestasi yang menggalakkan ini, Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 4.0 sen sesaham, yang membolehkan jumlah pembayaran dividen sebanyak RM776.4 juta.

“Dividen interim kedua ini akan dibayar pada 23 Disember 2022 berdasarkan tarikh kelayakan dividen pada 15 Disember 2022,” katanya.

Pada akhir September 2022, jumlah pinjaman Kumpulan Public Bank berkembang pada kadar tahunan sebanyak 5.8 peratus kepada RM373.6 bilion.

Pinjaman domestik berkembang pada kadar tahunan sebanyak 5.2% kepada RM347.8 bilion, sebahagian besarnya disokong oleh hartanah kediaman dan pembiayaan sewa beli yang berkembang pada kadar tahunan masing-masing sebanyak 7.4 peratus dan 9.9 peratus.

Mengenai prospek, Hong Piow berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia terus meraih momentum tatkala negara ini meneruskan pemulihan pasca pandemik.

Katanya, walaupun perdagangan luar negeri dijangka menyederhana di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi global yang perlahan, permintaan domestik terus menyokong perkembangan ekonomi, dengan prospek pasaran pekerjaan dan pendapatan yang semakin baik.

Namun begitu, tegasnya risiko ke bawah terus berlaku akibat tekanan inflasi, gangguan rantaian bekalan yang berlarutan, dasar monetari global yang diperketatkan dan ketegangan geopolitik yang erus merencatkan ekonomi global.

“Kumpulan Public Bank akan kekal berjaga-jaga terhadap ketidakpastian dan cabaran berkenaan. Kumpulan akan terus membina keteguhan perniagaan dengan mengekalkan kedudukan modal yang baik, menjaga kualiti aset, memperkukuhkan lagi keupayaan pengurusan risikonya dan meneruskan amalan urus tadbir korporat yang berhemat.”

“Ketika terus memanfaatkan atas perniagaan perbankan teras untuk mengembangkan perniagaan, kumpulan akan terus giat dalam melaksanakan strategi untuk peluang-peluang yang wujud berikutan pemulihan ekonomi dan landskap persekitaran perniagaan yang kian berkembang,” katanya.

Sekian artikel dari jangkaanringgit.com, jika anda ingin mendapatkan pendapatan tambahan, anda boleh melabur dalam perdagangan di platform dagangan terbaik di Asia, seperti Tradesia Malaysia. Dengan Tradesia Malaysia, anda boleh mendapat keuntungan maksimum hanya dengan modal yang minimum. Apa tunggu lagi Mari buat akaun Tradesia anda sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *