Majikan di Malaysia sukar penuhi tuntutan naik gaji

Majikan di Malaysia sukar penuhi tuntutan naik gaji

Majikan di Malaysia sukar penuhi tuntutan naik gaji

Majikan di Malaysia sukar penuhi tuntutan naik gaji

jangkaanringgit.com – Tinjauan gaji tahunan oleh Robert Walters mendapati 60 peratus majikan di Malaysia mungkin bergelut untuk mengekalkan bakat-bakat terbaik mereka kerana 48 peratus profesional mengharapkan peningkatan gaji akibat peningkatan kos sara hidup.

Ditambah dengan kebimbangan berhubung pengekalan bakat, keadaan itu menyebabkan 95 peratus majikan berasa tekanan akibat kekurangan bakat dalam bidang masing-masing, dengan majoriti daripada mereka mendapati cabaran terbesar bagi mengekalkan bakat ialah gaji tinggi dan manfaat yang dijangkakan oleh golongan profesional.

Situasi ini genting dalam industri yang memerlukan kelayakan teknikal dan kejuruteraan, pengalaman dan kemahiran.

Bagi mengekalkan pekerja, tinjauan mendapati 73 peratus organisasi melaksanakan pelbagai program pengekalan pekerja pada tahun lalu.

Tiga inisiatif teratas ialah pembelajaran dan pembangunan yang ditambah baik (68 peratus), penambahan inisiatif kesejahteraan (65 peratus) dan polisi kerja hibrid (58 peratus) sebagai respons terhadap keperluan pekerja yang berubah.

Ketua Robert Walters Malaysia, Ai Rene Tan, berkata bagi mengekalkan bakat-bakat terbaik, majikan perlu mengikut sentimen pekerja kerana 60 peratus responden mahu menukar kerja pada tahun ini.

“Syarikat tidak wajar mengabaikan kepentingan kesihatan mental dan fizikal, serta memastikan komunikasi terbuka dan proaktif sepanjang tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, beliau berkata situasi pandemik yang memacu transformasi teknologi merentasi pelbagai industri, juga memburukkan lagi keadaan kekurangan bakat berkemahiran.

Katanya, ini lebih terbukti dalam sektor teknologi dan transformasi selain kejuruteraan, pembuatan dan sumber manusia, yang mana permintaan bakat adalah pada tahap tertinggi.

“Bagi menyelaraskan kemahiran yang tidak sepadan akibat daripada pandemik, 88 peratus organisasi sedang melaksanakan kemahiran semula untuk pekerja bagi menghadapi cabaran-cabaran baharu di tempat kerja.

“Lebih separuh organisasi (54 peratus) menjayakan program kemahiran semula untuk membantu jurang kemahiran dan memperkasakan daya saing pekerja dalam industri,” katanya.

Gaji minimum di Malaysia

Pada 30 April 2008, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan demonstrasi di depan bangunan Parlimen Malaysia mengenai isu gaji minimum RM1,200. MTUC merupakan kesatuan sekerja bagi pekerja di sektor swasta. Sementara CUEPACS merupakan kesatuan sekerja di sektor awam / kerajaan.

MTUC telah lama menuntut gaji minimum RM1200.00 sebulan kerana jumlah itu sahaja yang cukup menampung perbelanjaan sebuah keluarga seramai 5 orang. Gaji minimum ini dikemukakan sejak 5 tahun yang lalu berikutan kenaikan harga barang dan tol yang sentiasa naik.

Pihak majikan swasta enggan memberikan gaji minimum ini kerana mereka boleh mendapatkan pekerja asing dengan cukup mudah. Majikan boleh mengugut memindahkan kilang dan pelaburan ke luar negara terutama ke Vietnam, Thailand dan China. Sememangnya pihak pengilang telah lama menjadikan isu ini sebagai salah satu modal untuk mengugut negara sedang membangun seperti Malaysia.

Jika gaji minimum dilaksanakan, maka rakyat tempatan akan merebut peluang pekerjaan yang disediakan dan tidak lagi ditindas dan diperas. Penyokong gaji minimum mendakwa bahawa ini dengan sendirinya pekerja asing akan ‘balik kampung’, tetapi kemungkinan yang lain adalah lebih ramai yang datang kerana tawaran gaji yang lebih lumayan. Ini kerana di negara yang mengamal gaji minimum seperti A.S., masih mengalami kebanjiran pendatang dari negara Amerika Latin.

Antara tuntutan MTUC ialah:

  • Akta Perhubungan Perusahaan 1967 hendaklah dipinda.
  • Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang diwartakan awal 2008 hendaklah dipinda.
  • Gaji minimum RM900 sebulan dan elaun sara hidup RM300 sebulan.
  • Kesatuan sekerja ditubuhkan secara automatik, manakala majikan tidak boleh menghalang penubuhan kesatuan sekerja.
  • Cuti bersalin ditambah dari dua bulan kepada tiga bulan.
  • Bonus setiap tahun kepada pekerja kilang.

11 kumpulan pekerja swasta di Malaysia telah membentuk ‘Deklarasi Mei Satu 2008’ pada 1 Mei 2008 di Dataran Merdeka. Tuntutan 15 perkara telah diserahkan kepada 10 wakil rakyat dari parti pembangkang.

Alasan kerajaan

Pelbagai alasan telah diberikan oleh kerajaan. Gaji minimum antara swasta dan kerajaan tidak dapat diselaraskan kerana faktor kelulusan, penilaian produktiviti berbeza, sasaran keuntungan kerajaan dan swasta berbeza dan sebagainya. Gaji minimum dikatakan akan menyebabkan kerajaan bangkrap kerana tidak mampu membayar gaji sebanyak itu. Majikan tentu akan membayar gaji lebih jika mahu mengekalkan pekerja terbaiknya.

Apa yang berlaku, majikan akan membuang pekerjanya kerana ramai lagi menanti di luar. Malah pekerja asing boleh dibawa dari negara jiran. Kebanyakan kerja tidak memerlukan kelayakan tinggi, cukup sekadar tahu membaca. Contohnya operator pengeluaran, pekerja stor, bahagian pembungkusan dan mandur.

Gaji minimum hanya memusnahkan daya saing Malaysia sebagai negara industri. Sedangkan insentif buruh murah dilaung-laungkan sejak Dr Mahathir bin Mohamad selaku Menteri Perdagangan dan Perindustrian suatu ketika dahulu. Dr Mahathir berjaya menarik pengilang seperti Motorola, Robert Bosch, Western Digital dan National Semiconductor untuk melabur di Bayan Lepas dan Sungai Way. Kesatuan sekerja tidak dibenarkan ditubuhkan di zon-zon perdagangan bebas ini.

Satu ketika, Dr Mahathir bin Mohamad menggesa produktiviti mestilah selaras dengan pendapatan yang diterima. Beliau menekankan jika produktiviti meningkat maka gaji akan meningkat. Tetapi hal ini masih belum dicapai.

Pada 3 Mei 2008 pula, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan MTUC tidak boleh mendesak jika kemampuan kerajaan tidak ada. Kerajaan bukan tidak hendak menjaga kebajikan pekerja tetapi pelbagai pertimbangan harus dilakukan. Kerajaan tidaklah terlalu bebal untuk tidak menaikkan gaji tetapi fikirkanlah baik dan buruknya gaji minimum RM1200. 

Penyokong gaji minimum pula sebaliknya menyatakan tanpa adanya gaji minimum sekalipun pelabur berebut-rebut keluar. Antaranya ialah Sumida, Panasonic, Sony TV di Kawasan Perindustrian Bangi. National Semiconductor di Bayan Baru telah lama bertukar-ganti pengurusan dan pemilik. Kilang Seagate di Ipoh juga tidak dapat bertahan lama kerana semua kilang elektronik ini amat bergantung kepada kos buruh murah. Sementara permintaan kepada semi konduktor sentiada turut naik dan beralih kepada teknologi robot.

Dari pada keliru tentang cara menjana wang dengan mudah, lebih baik berdagang bersama di Tradesia! Kami berlatih dari 0, dibimbing sehingga kami benar-benar untung…

Tradesia adalah platform no.1 terbaik di Asia, anda tahu..

berdagang? dengan Web Tradesia anda pasti boleh menjana wang!

Jangan lupa ikuti berita kami yang sentiasa dikemaskini, hanya di jangkaanringgit.com anda boleh menjadi jutawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *